Memahami Teori Elliot Wave membolehkan kita mengetahui ARAH PERGERAKAN SEBENAR dalam forex, stock market, komoditi dan juga crypto. Dengan teori ini kita dapat mengetahui samada sesuatu trend itu akan berterusan atau akan berbalik arah. Juga kita dapat mengetahui samada trend itu sudah berakhir atau belum. Ianya sangat membantu kita untuk memulakan point ENTRY seterusnya di mana Stop Lost, SL dan Take Profit, TP.
KONSEP ASAS
Menurut Elliott, jujukan motif 5 gelombang bagi corak Elliott Wave mesti mematuhi tiga peraturan berikut:
Peraturan 1 - wave 2 tidak boleh menjejak semula lebih daripada 100% wave 1.
Peraturan 2 - wave 3 tidak boleh menjadi yang terpendek daripada tiga wave (bernombor 1, 3, dan 5).
Peraturan 3 - wave 4 tidak boleh bertindih wave 1.
Selain tiga peraturan yang mesti berlaku pada setiap masa, Elliott menghasilkan banyak garis panduan, tetapi dalam artikel ini, kami akan menyebut hanya tiga yang penting:
Garis Panduan 1 - apabila wave 3 ialah wave impuls terpanjang bagi jujukan motif, wave 5 adalah lebih kurang sama dengan wave 1.
Garis Panduan 2 - bentuk wave 2 dan wave 4 silih berganti. Jika wave 2 ialah pembetulan tajam, wave 4 ialah pembetulan rata. Sebaliknya, jika wave 2 rata, wave 4 adalah tajam.
Garis Panduan 3 - selepas jujukan motif 5 wave (bernombor 1, 2, 3, 4, dan 5), jujukan pembetulan 3 wavenya (berhuruf a, b, dan c) biasanya berakhir di kawasan rendah wave 4 sebelumnya .
KELAS ELLIOT WAVE ADVANCE
LAGI KELAS ELLIOT WAVE
============================================================
Hubungan Elliot Wave dan Fibonacci
Salah satu cara memanfaatkan Elliot wave untuk keputusan trading forex yang menguntungkan adalah dengan mengkombinasikannya dengan fibonacci retracement. Fibonacci retracement adalah indikator teknikal yang memanfaatkan bilangan dan rasio fibonacci untuk menggambar garis batas atas dan batas bawah yang responsif terhadap pergerakan harga.
Dengan mengkombinasikan Elliot wave dengan indikator teknikal ini, anda akan tahu berapa penurunan atau kenaikan harga aset tersebut dari satu gelombang ke gelombang yang lain. Akibatnya, anda boleh memutuskan bila harus membeli currency pairs impian dan bila harus menjualnya.
Peneliti dalam elliottwave-forecast.com menyebutkan bahwa biasanya hubungan antara kedua indikator teknikal ini adalah sebagai berikut:
- Nilai gelombang kedua biasanya sekitar 50%, 61.8%, 76.4%, or 85.4% dari gelombang 1.
- Nilai gelombang ketiga umumnya 161.8% lebih besar atau lebih kecil (tergantung trend yang terbentuk) dari gelombang 1
- Nilai gelombang keempat biasanya berkisar antara 14.6%, 23.6%, or 38.2% dari nilai gelombang 3.
- Nilai gelombang kelima umumnya bervariasi antara 1.236 – 1.618% dari nilai gelombang 4, setara dengan nilai gelombang 1 atau 61.8% dari hasil penambahan nilai gelombang 1 dan gelombang 3.
=====================================================