Untuk memulakan trading forex, anda haruslah mengikuti beberapa langkah berikut agar mencapai matlamat yang anda inginkan.
PRA-TRADING
1. Daftar dengan broker pilihan sebenar... jangan pula terpilih broker scam !
2. Belajar dan testing dengan akaun demo terlebih dahulu untuk menyesuaikan diri dengan spread, leverage dan jenis-jenis akaun yang ada.
3. Jika sesuai dan serasi maka anda bolehlah buka akaun sebenar.
4. Untuk deposit yang mudah dan cepat, elok anda buka akaun ewallet seperti Skrill, Neteller dsb. Ingat... macamana cara depo maka itulah juga cara untuk withdrawal. Jika anda withdraw banyak, maka anda boleh transfer ke bank tempatan anda sikit-sikit atau transfer ke akaun kawan atau keluarga anda. Jika diret withdraw ke akaun bank banyak2, nanti ada mcm2 masalah pula berkaitan AMLA dll.
MULA TRADING
1. Untuk lebih selamat dan selesa, elok guna PC atau laptop sebagai pusat utama bisnes anda. Manakala boleh guna smartphone, ipad dll adalah sebagai pandauan apabila anda bergerak kemana-mana untuk memantau atau close/open new order. Segala analisa yang tepat haruslah di PC anda.
2. ANALISA PASARAN adalah perkara pertama yang perlu anda lakukan. Untuk analisa yang lebih tepat, elok anda gunakan Trading View manakala entry boleh dilakukan di MT4 anda. Ini adalah kerana setiap broker carta grafnya mungkin berbeza disebabkan masa mula mereka tak sama... ada yang mula jam 5 pagi, 6 pagi dll ikut zon negara.
3. Stetelah siap analisa maka anda boleh tunggu masa yang sesuai untuk mula melakukan ENTRY sebagaimana keputusan analisa anda. Anda boleh juga setting PENDING ORDER, STOP LOSS DAN TAKE PROFIT siap-siap juka terlalu sibuk.
4. Untuk ENTRY yang tepat, anda haruslah menunggu CONFIRMATION terlebih dahulu agar dapat mengurangkan RISIKO anda iaitu dengan konsep LOW RISK HIGH RETURN.
5. Anda boleh trade mana-mana PAIR yang anda sukai.
6. Pastikan anda menjaga Money Management, MM agar anda tidak tersilap ENTRY dengan MARGIN yang terlalu besar. Jika modal kecil, elok ENTRY kecil-kecil sahaja dengan saiz lot 0.01. Bila dah berhasil dan rasa lebih yakin, maka anda boleh tambahkan saiz lot anda. Walau bagaimanapun, tidak disarankan melebihi 10% MARGIN anda secara total.
7. Selesai... selamat berdagang dan jangan lupa untuk pastikan withdrawal setiap minggu jika perlu.
SELAMAT BERJAYA !
==================================================================
ANALISA PASARAN
CARA ANALISA PASARAN SECARA RINGKAS.
-Sila buat analisa diwaktu pagi kerana anda akan mulai berdagang pada London Open iaitu jam 3 petang Malaysia dan US Open jam 8 malam. Pada waktu inilah Bank tempatan buka dengan volume dagangan yang besar menjadikan pergerakan market lebih laju.
-Untuk pasaran Asia Open, anda boleh mula waktu pagi ikut negara Jepun atau Australia.
-Sila Gunakan Multi Time Frame dari W1, D1, H4, H1, M30, M15 dan M5.
1. Marking SNR. Line (Support & Resistance)
- Keutamaan adalah SSR (Significant Support Resistance) + KING
- S&R ini adalah merupakan tahap sekatan harga yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan utama iaitu Harga Lantai (Support) dan Harga Syiling (Resistance). Inilah tempat untuk anda ambil keuntungan, Take Profit (TP). Pada titik SNR inilah akan menentukan sama sesuatu pergerakan harga akan terhalang samada untuk meneruskan perjalanan atau berbalik arah buat sementara waktu sebelum sampai ke destinasi sebenar iaitu zon Supply/Demand.
2. Marking SND Zone (Supply & Demand)
- Ini adalah kawasan Penawaran Bekalan (Supply) dan Permintaan Pasaran (Demand). Ianya ditentukan oleh pasaran iaitu antara Penjual (Seller) dan pembeli (Buyer). Segala pergerakan harga adalah diantara kedua-duanya iaitu samada dari zon Supply ke zon Demand atau sebaliknya. Itulah destinasi setiap pergerakan harga yang anda wajib tahu. Inilah zone untuk anda mulai entry dan close all bila sampai destinasi.
3. Tarik TREND LINE (UpTrend/DownTrend)
- Trend line adalah berbeza-beza mengikut Time Frame besar dan Time Frame kecil. Agar trading anda tidak melawan arus, pastikan keutamaan anda adalah mengikut Time Frame besar sekurang-kurangnya D1 atau H4. Anda boleh entry di Time Frame M15 atau M5.
4. Tentukan ARAH Pasaran (Bullish/Bearish).
-Arah Pasaran adalah merupakan arah pergerakan pada hari itu... ianya tak semestinya selari dengan trend utama. Ianya boleh dikenalpasti melalui Chart Pattern harian, Candle Stick, CS Pattern, Break Out atau SND semasa. Bila sudah ada SND, maka anda boleh agak ARAH pasaran semasa. Untuk GOLD, anda boleh rujuk cara menentukan arahnya di video ini.
- Untuk mencari ARAH pergerakan yang lebih tepat, eloklah anda menggunakan Teori Elliot Wave.
5. Kenali CHART PATTERN (Flag, Pennant, Wedges, QM, HNS, Double Top Dll)
6. Kenali CS Pattern (Engulfing, Harami, Doji, Hammer Dll)
7. Tunggu BREAK OUT berlaku di Time Frame rendah M15, M5 atau M1.
8. Bila RETEST/PULLBACK, Pastikan TITIK SHARP ENTRY anda disitu. Itulah CONFIRMATION entry anda.
9. Mulai ENTRY dan setkan SL, TP1, TP2 dan TP3 berpandukan kepada SNR yang telah anda Marking.
10. Biarkan dan tutup PC anda.
INGAT...
BREAKOUT - PULLBACK - ENTRY
======================
NAK ENTRY LAGI??
LIHAT VIDEO NI DULU...
=======================