RUMUSAN & FRAMEWORK FX

 


RUMUSAN SECARA MENYELURUH UNTUK MEMAHAMI 
PERGERAKAN HARGA DALAM PASARAN FOREX.
===============================================

Semua analisis mestilah bermula dari Time Frame tinggi sehingga Time Frame rendah. Sekurang-kurangnya bermula di TF Weeklt atay Daily. TF rendah adalah untuk pengesahan  bentuk Chart Pattern atau CS pattern untuk membantu kita memulakan entry yang lebih tepat.

Segala skop analisis kita adalah bersandarkan kepada elemen-elemen seperti dibawah:-

1. Trend Pasaran.
2. Destinasi Perjalanan Harga. (BRN)
3. Struktur Suatu KITARAN Perjalanan. (Elliot Wave)
4. Binaan Struktur. (Chart Pattern)
5. Confirmation. (CS Pattern)

Segala analisis yang hendak kita lakukan kepada mana-mana pair, kita haruslah bersandarkan kepada 5 element diatas untuk mencari sebuat SETUP. yang berkualiti.

1. Trend Pasaran.

Dalam pasaran harganya akan bergerak mengikuti 3 trend yang utama iaitu:-
a) Trend Menaik (UpTrend)
b) Trend Mendatar ( SideWay)
c) Trend Menurun (DownTrend)

Kesemua trend ini adalah berbeza-beza dari TF tinggi ke TF rendah. Contohnya dalam TF Daily adalah UpTrend tetapi bila kita turun ke TF M30 ianya adalah DownTrend. Maka, haruslah berhati-hati sebelum entry... dan pastikan anda utamakan trend TF tinggi agar anda tidak melawan arus. Trade melawan arus adalah untuk seketika sahaja dalam jangka masa yang pendek terutamanya hanya untuk scalping.



2. Destinasi Perjalanan Harga. (BRN)

Dalam sebuah perjalanan / journey, pastilah ianya mempunyai titik mula dan titik akhir untuk kita tempohi. Seandainya kita tahu lebih awal, maka mudahlah bagi kita untuk mulai dimana dan berakhir dimana. Ini sangat penting untuk kita Entry dan Take Profit.

Konsep Big Round Number, BRN adalah sangat penting... iaitu harga akan bergerak dari suatu nombor bulat yang besar kepada suatu nombor bulat yang besar seterusnya. Ianya hanya mengikut Trend sahaja sehinggalah adanya berlaku pergerakan berbalik arah.

Segala bentuk struktur market, SNR, SND dll adalah majoritinya terletak di harga-harga bulat setiap sukuan perjalanan ke BRN destinasi.



3. Sruktur Suatu Kitaran Perjalanan. (Elliot Wave)

Setiap sebuah perjalanan menuju destinasi, harga pasaran akan mengikuti strukturnya yang tersendiri dengan konsep Elliot Wave.

Teori Elliot Wave

Dengan teori ini, maka dapatlah kita simpulkan bahawar selagi belum complete cycle, maka selagi itulah perjalanan harga akan meneruskan trendnya.

Pada fasa corrective A.B.C... kita akan tunggu confirmation melalui Chart Pattern/CandleStick Patter yang bersesuaian untuk kita entry samada ianya meneruskan trend atau akan berbalik arah.


4. Binaan Struktur. (Chart Pattern)

Binaan sesuatu struktur Chart Pattern biasanya berlaku pada penghujung perjalanan sesuatu trend iaitu sudah sebagai correction. Pada fasa correction inilah  harga akan slow pergerakannya kerana nak menyiapkan struktur baru. Jika dalam teori Elliot Wave, binaan struktur akan berlaku pada Wave 2, 4 dan selepas Wave 5 iaitu lebih complex lagi. Untuk melihat struktur ini, anda perlu bertukar ke Time Frame rendah samada di M30, M15 atau M5. Sekiranya pettern sudah siap maka anda boleh menngagak samada perjalanan akan diteruskan atau akan berbalik arah dengan trend yang baru.



Sebelum entry, anda kena pastikan binaan struktur siap sepenuhnya dengan melakukan BREAK OUT. Apabila breakout, kita hanya tunggu PULL BACK baru boleh ENTRY.



5. Confirmation. (CS Pattern)

Confirmation adalah hal terpenting dan paling akhir daripada proses analisis untuk menentukan titik entry yang sebenar. Selesai sahaja pembetukan chart patern dan berlaku pull back, maka CandleStick pattern inilah yang akan mengesahkannya untuk teruskan perjalanan samada UpTrend atau DownTrend. CS Pattern ini adalah seperti Engulfing, Doji, Harami, Hammer dll seperti yang anda pelajari sebelum ini.