Teknik Kefahaman BRN

BIG ROUND NUMBER

Ini adalah teknik paling mudah yang patut difahami oleh setiap trader. Teknik ini adalah berdasarkan kepada sikap semulajadi manusia dalam urusan jualbeli yang berjaya.

BRN adalah konsep membulatkan harga yang ditawarkan kepada suatu nilai genap yang paling hampir atau terdekat. Ini adalah lumrah manusia dalam membuat tawaran di dalam jual beli mereka... bahkan kita sendiri juga sering melakukan tawaran yang sama.

Contohnya:-

Harga $100,478 ini akan kita minta dibulatkan kepada $100,000 sahaja.

Maka bagi trader-trader besar seperti institusi kewangan atau bank... majoriti dari mereka akan menawarkan harga jualan atau belian dengan bersandarkan pada harga-harga yang telah dibulatkan yang kita kenali sebagai Big Round Number, BRN.

Dari sini, maka fahamlah kita bahawa pergerakan besar sesuatu harga adalah dari BRN ke BRN seterusnya samada semasa UpTrend atau DownTrend.

Corak Pergerakan:

Corak pergerakan adalah berdasarkan SUKU / QUARTER iaitu dalam perjalanan menuju BRN, ianya akan melalui tahap 4 suku iaitu dengan perkiraan 25% setiap satunya. Di tahap-tahap inilah selalunya berlaku tolakan/rejection sementara untuk meneruskan perjalanan ke BRN. Tindakan inilah dikenali sebagai retracement atau pullback atau correction didalam pasaran forex. Tahap inilah selalunya akan wujud level-level SNR dan SND yang kuat. Tahap ini jugalah akan muncul pelbagai jenis Chart Pattern atau CandleStick Pattern... yang akan membantu kita untuk kenali samada trend akan berterusan atau akan berbalik arah.

Beza antara BRN ke BRN adalah 1000 Pips.
Jadi, setiap suku pergerakan harga adalah 250 Pips.
Bagi mereka yang suka trade scalping, anda bolehlah letakkan BRN 
anda untuk setiap 100 Pips di Time Frame yang lebih rendah.


Time Frame D1

Time Frame H4

Time Frame H1


Atau anda boleh gunakan indicator Free.


>Setelah selesai, anda dapat perhatikan setiap garis sukuan adalah selari atau hampir sejajar dengan SNR atau SSR atau SND.

>Tiga garisan pada sukuan pertama dan ketiga itu mewakili buffer zone. Price akan membentuk buffer zone yang lebih besar berbanding pada garisan BRN dan separuh BRN. Biasanya inilah dikatakan zon sideway yang panjang sedikit.
> Di buffer zone inilah akan munculnya Chart Pattern atau Candlestick Pattern untuk memberi isyarat samada perjalanan atau/trend akan diteruskan atau bertukar arah.










SEMOGA BERMANFAAT